Wednesday 17 May 2017

PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH DESA PERDANA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN




HARI INI ADALAH PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH DESA PERDANA 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.

JKKK KAMPUNG MANTIN DALAM INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN THANIAH KEPADA SELURUH PENDUDUK KAMPUNG YANG MENYUMBANG KEARAH KEJAYAAN INI..KALAU DAHULU KITA BERCUCUK TANAM ATAS DASAR MEWARISI TANAH PUSAKA TAPI HARI INI USAHA-USAHA TERSEBUT TELAH BERUBAH MENJADI OBJEKTIF YANG SELARAS DENGAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.

TERIMAKSEH KITA UCAPKAN KEPADA YANG BERHORMAT DATO HJ ABU UBAIDIAH BIN DATO HJ REDZA  ADUN AMPANGAN MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN YANG MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG.


LAGU YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Sebagai seorang rakyat Nogori Sembilan kita kena selalu menghayati dan mengingati lagu Negeri. Menghayat lagu dirasakan satu kewajipan untuk kita kerna lagu Negeri ni harus dijadikan teras seorang rakyat yang setia pada Negeri dan Negara..

Bak kata orang . Tak lapuk Dek Ujan. Tak Lekang dek panas , Tak karat dek besi dan tak masin dek garam. Dimana bumi kita pijak di situ langit kita junjung.

Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan.

VIDEO KORPORATE JKKK MANTIN DALAM







JKKK MANTIN DALAM MEMPUNYAI WAWASAN UNTUK MENINGKAT TAHAP KEHIDUPAN DAN PENDAPATAN PENDUDUK KAMPUNG. JKKK CUBA MERANCANG UNTUK MENYEDIAKAN PELBAGAI PELUANG UNTUK DICEBURI OLEH SEMUA PENDUDUK KAMPUNG.

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN ANUGERAH DESA PERDANA 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Pihak JKKK ingin mengucapkan berbanyak terimakaseh kepada semua pihak yang terlibat di dalam Majlis penjurian Skima Permarkahan Anugerah Desa Perdana 1 Malaysia Peringkat Negeri Sembilan.Kami di Kampung Mantin merasa amat berbesar hati kerana mewakili Bahagian Seremban pada pertandingan tahun ini..

Terimakaseh ingin kami sampaikan kepada

1. 9 orang Penal Juri yg hadir semalam
2. Datuk Dagang dan Dato Andatar
3.Barisan KEMAS Bahagian Seremban
4.Kumpulan Koir Seri Warisan Mantin Dalam
5.Pengusaha2 AIM
6.Dato Alex Chai.Pemilik MAFH
7.Tok Penghulu Mukim Setul
8.Barisan AJK.JKKK
9.Penduduk Kampung Mantin Dalam
10.Penduduk Taman Andalas
11.Dan sesiapa jua yg hadir..yg tak dapt dinyatakan di sini..
12..Dan jugak Tn.Hj.Nordin Bin Abot..Imam Masjid Kariah Mantin Dalam..

Semuga Kampung kita dapat terus dikenali dan diiktiraf sumbangannya dalam Memajukan Negeri dan Memakmurkan masyarakat selaras dengan usaha dan hasrat Kerajaan Negeri ..Insya Allah..




Wednesday 22 March 2017

MANTIN FOREST AND FARMHOMESTAY NIGHT VERSION..
Menikmati keindahan malam ..dengan aluanan unggas rimba..rintihan cengkerek..desiran angin sepoi sepoi bahasa..serta bunyi jatuhan air terjun dari kolam dan tasik..menambahkan lagi keindahan alam dan fauna..
Ini Adalah antara tarikan -tarikan yang terdapat di Mantin Forest And Farmhomestay...disamping hidangan tradisional dan menu Barbque menjamin pengalaman yg sukar untuk dilupakan..
Maklumat penginapan sila layari JKK Mantin Dalam Blog.




Minggu Ber alek Ghadang




Minggu Cuti sekolah nak nak sampai ke ujung. Dari Minggu Lopeh di Kampung Mantin Dalam ado duo Kenduri Khawin jalan serontak. Minggu ni pun camtu jugak..kalau tak pun di Mantin Dalam..kek Mantin Luar pun ado kenduri khawin yo tak...Kepada mereka-mereka yang mendirikan rumahtanggo , kito ucapkan selamat Pengantin Baru lah yo. Kito titip an juo doa semuga kekal berbahaga sehingga ko anak cucu.Dulu seorang kini dah berduo..dulu mikir an sepiring pinggan ..kini di mejo dah kono mikir an duo goleh dan duo pinggan..semuga kehidupan Tuan/Puan akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T

Mantin Art Forest an Farmhomestay

Kg Mantin Dalam melangkah se era lagi dalam  mempromosikan Mantin Dalam sebagai sebuah destinasi perkongsian alam semula jadi untuk semua..

Walaupun pada dasarnya pembangunan ini bukan dilakukan secara terus oleh pihak JKKK Mantin Dalam tetapi dibangunkan oleh seorang pencinta seni dan alam semula jadi, Dato Alex Chai telah membuka kerjasama untuk menjadi tempat perkongsian agroculture farmstay yg boleh memberi feadah kepada perkembangan kegiatan hiliran kepada penduduk Kampung Mantin Dalam..

Merasai keindahan semula jadi..menikmati masakan tradisional , menikmati suasana kehidupan hutan, merasai nilai-nilai hospitality dan mengalami pengalaman menikmati ikan air tawar, buah- buahan tempatan dan hasil hutan telah menjadi teras terbentuknya kerjasama yang dirasakan dapat memberi feadah kepada penduduk kampung melalui kooperasi yang ditubuhkan dan pemilik Mantin Forest Art Farmhomestay..

Oleh itu sesiapa yg ingin mengalami pengalaman ini..datanglah ke kampung Mantin Dalam dan sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi atau melayar JKK KG Mantin Dalam Blog atau email kepada kgmantindalam@gmail.com. atau menghubungi talian 0193453490 atau 0193366663 atau 0193993621.

" Kepuasan dan keselesaan Anda Tanggungjawab Kami"...