Wednesday 22 March 2017

Mantin Art Forest an Farmhomestay

Kg Mantin Dalam melangkah se era lagi dalam  mempromosikan Mantin Dalam sebagai sebuah destinasi perkongsian alam semula jadi untuk semua..

Walaupun pada dasarnya pembangunan ini bukan dilakukan secara terus oleh pihak JKKK Mantin Dalam tetapi dibangunkan oleh seorang pencinta seni dan alam semula jadi, Dato Alex Chai telah membuka kerjasama untuk menjadi tempat perkongsian agroculture farmstay yg boleh memberi feadah kepada perkembangan kegiatan hiliran kepada penduduk Kampung Mantin Dalam..

Merasai keindahan semula jadi..menikmati masakan tradisional , menikmati suasana kehidupan hutan, merasai nilai-nilai hospitality dan mengalami pengalaman menikmati ikan air tawar, buah- buahan tempatan dan hasil hutan telah menjadi teras terbentuknya kerjasama yang dirasakan dapat memberi feadah kepada penduduk kampung melalui kooperasi yang ditubuhkan dan pemilik Mantin Forest Art Farmhomestay..

Oleh itu sesiapa yg ingin mengalami pengalaman ini..datanglah ke kampung Mantin Dalam dan sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi atau melayar JKK KG Mantin Dalam Blog atau email kepada kgmantindalam@gmail.com. atau menghubungi talian 0193453490 atau 0193366663 atau 0193993621.

" Kepuasan dan keselesaan Anda Tanggungjawab Kami"...

























No comments:

Post a Comment