Wednesday 22 March 2017

MANTIN FOREST AND FARMHOMESTAY NIGHT VERSION..
Menikmati keindahan malam ..dengan aluanan unggas rimba..rintihan cengkerek..desiran angin sepoi sepoi bahasa..serta bunyi jatuhan air terjun dari kolam dan tasik..menambahkan lagi keindahan alam dan fauna..
Ini Adalah antara tarikan -tarikan yang terdapat di Mantin Forest And Farmhomestay...disamping hidangan tradisional dan menu Barbque menjamin pengalaman yg sukar untuk dilupakan..
Maklumat penginapan sila layari JKK Mantin Dalam Blog.




Minggu Ber alek Ghadang




Minggu Cuti sekolah nak nak sampai ke ujung. Dari Minggu Lopeh di Kampung Mantin Dalam ado duo Kenduri Khawin jalan serontak. Minggu ni pun camtu jugak..kalau tak pun di Mantin Dalam..kek Mantin Luar pun ado kenduri khawin yo tak...Kepada mereka-mereka yang mendirikan rumahtanggo , kito ucapkan selamat Pengantin Baru lah yo. Kito titip an juo doa semuga kekal berbahaga sehingga ko anak cucu.Dulu seorang kini dah berduo..dulu mikir an sepiring pinggan ..kini di mejo dah kono mikir an duo goleh dan duo pinggan..semuga kehidupan Tuan/Puan akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T

Mantin Art Forest an Farmhomestay

Kg Mantin Dalam melangkah se era lagi dalam  mempromosikan Mantin Dalam sebagai sebuah destinasi perkongsian alam semula jadi untuk semua..

Walaupun pada dasarnya pembangunan ini bukan dilakukan secara terus oleh pihak JKKK Mantin Dalam tetapi dibangunkan oleh seorang pencinta seni dan alam semula jadi, Dato Alex Chai telah membuka kerjasama untuk menjadi tempat perkongsian agroculture farmstay yg boleh memberi feadah kepada perkembangan kegiatan hiliran kepada penduduk Kampung Mantin Dalam..

Merasai keindahan semula jadi..menikmati masakan tradisional , menikmati suasana kehidupan hutan, merasai nilai-nilai hospitality dan mengalami pengalaman menikmati ikan air tawar, buah- buahan tempatan dan hasil hutan telah menjadi teras terbentuknya kerjasama yang dirasakan dapat memberi feadah kepada penduduk kampung melalui kooperasi yang ditubuhkan dan pemilik Mantin Forest Art Farmhomestay..

Oleh itu sesiapa yg ingin mengalami pengalaman ini..datanglah ke kampung Mantin Dalam dan sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi atau melayar JKK KG Mantin Dalam Blog atau email kepada kgmantindalam@gmail.com. atau menghubungi talian 0193453490 atau 0193366663 atau 0193993621.

" Kepuasan dan keselesaan Anda Tanggungjawab Kami"...